Tuesday, 2 April 2013

Penubuhan Perbadanan Pengurusan Fasa 2D





Alhamdullillah pada 27/01/2013, mesyuarat agung yang kedua perbadanan telah diadakan bersama penduduk untuk melantik AJK PPF2D yang baru secara rasminya.

Mesyuarat agung yang pertama telah dilakukan pada 19/05/2012 oleh pemaju "Bedford Development S/B" bersama penduduk namun AJK yang dilantik tidak dapat berfungsi kerana banyak masaalah kerjasama, penyerahan kuasa yang tidak teratur, penarikan diri oleh AJK yang dilantik, tiada bimbingan dari pemaju atau pihak berkuasa yang lain dan banyak masaalah-masaalah yang lain lagi.

Selama beberapa minggu saya berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram memikirkan masaalah dan kebajikan penduduk yang berpanjangan termasuk isu kebersihan kawasan, tiada lampu tangga dan harta bersama fasa 2D yang semakin teruk. Kemuncaknya saya tidak dapat tidur selama 3 malam berturut-turut memikirkan masaalah ini. Dalam tempoh 3 malam itu, saya telah melakukan solat taubat, hajat dan istikhorah untuk mendapat petunjuk untuk menyelesaikan masaalah ini. Akhirnya pada malam ketiga semasa saya melakukan zikir, saya telah mendapat ilham untuk bertemu dan berbincang dengan saudara Adzman dari blok 89 untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi.

Seawal pagi lagi saya telah menuju ke gerai beliau untuk mendapatkan panduan serta nasihat beliau. Selain daripada itu juga saya telah pergi menemui beberapa individu lain untuk mendapatkan panduan perlaksanaan perbadanan ini. Dengan itu saya telah memberi notis memanggil penduduk untuk hadir ke mesyuarat agung yang kedua PPF2D pada 27/01/2013 dimana saya telah dilantik semula sebagai pengerusi PPF2D.

Walaupun saya berasa berat hati untuk menerima amanah ini, atas sokongan dan akur janji dari semua AJK PPF2D yang baru dilantik terutamanya saudara Adzman Abas untuk berkerjasama dan membantu dalam menjayakan perbadanan ini saya menerimanya dan anggap ini sebagai ujian ilmu dari Allah yang saya pelajari dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin bahawa manusia dijadikan sebagai khalifah diatas muka bumi ini untuk mentadbir dan memakmurkannya.

Maka bermulalah satu episod kehidupan saya sebagai pengerusi PPF2D diharap menjadi amal kebajikan didunia dan akhirat. Semoga saya berjaya memikul amanah ini kerana saya amat bimbang untuk memikul amanah apabila teringat hadith nabi dimana pemimpin akan disoal akan kepimpinannya. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah, petunjuk dan keredhoannya pada saya dalam melaksanakan amanah ini sesuai dengan firman Allah:

A024

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (As-Sajdah 32:24)